Ini Adalah Antara Produk Baru Yang Apple Akan Lancarkan Pada Minggu Ini

Ini Adalah Antara Produk Baru Yang Apple Akan Lancarkan Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 11, 2018 oleh .

Apple merupakan salah satu syarikat yang dinantikan ramai dalam pengenalan sesuatu produk – dan salah satu sebabnya boleh dikatakan kerana pelbagai trend yang dibawakan Apple sering menjadi ikutan pengeluar lain seluruh dunia. Terkini, untuk tahun ini, Apple menjadualkan untuk memperkenalkan pelbagai peranti baru pada lewat hari ini, termasuk beberapa model iPhone baru.

Apple iPhone

Mengikut desas-desus, Apple dijangka memperkenalkan tiga iPhone baru, iaitu:
iPhone XS yang dijangka hadir dengan skrin 5.8-inci OLED dan dilengkapi cip pemprosesan serta kamera yang dinaik-taraf. iPhone XS ini dijangka menjadi kemaskini kepada model iPhone X yang diperkenalkan pada tahun lepas.
iPhone XS Max pula dijangka hadir dengan skrin 6.5-inci OLED, sekaligus menjadikannya sebuah iPhone bersaiz paling besar buat masa ini. Dengan penawaran skrin besar, Apple turut dijangka memperkenalkan sokongan menggunakan dua aplikasi serentak pada iPhone bersaiz besar ini.
iPhone XC / XR pula dijangka menjadi iPhone pada harga sedikit rendah, dan dilengkapi skrin 6.1-inci berasaskan LCD. Telefon ini juga dijangka menawarkan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Apple Watch

Selain daripada iPhone, Apple turut dijangka memperkenalkan Apple Watch baru yang menawarkan skrin lebih besar dengan rekaan berbingkai nipis berbanding Apple Watch sebelum ini. Melengkapkan pengenalan ini juga mungkin adalah AirPower Wireless Charger yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, tetapi masih belum dipasarkan sehingga ke hari ini.

Apple AirPower

Disamping itu, terdapat beberapa desas-desus mengatakan Apple bakal memperkenalkan iPad Pro generasi baru yang hadir dengan rekaan nirbingkai dan menyertakan sokongan Face ID bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple secara rasminya minggu ini.


TIPS & ULASAN