Carian
Asus ROG Phone Kini Dilancarkan Di China – Harga Mencecah RM7866
September 13, 2018 Fahim Zahar

ROG Phone adalah peranti mercu yang memfokuskan permua daripada Asus. Ia hadir dengan sistem LED yang menarik, tiga port USB-C dan pelbagai aksesori untuk permua termasuk kipas penyejuk luaran. Jika anda ingin ketahui pendapat kami – baca pandang pertama kami mengenai peranti mercu gaming ini.

  • Baca Pandang Pertama Asus ROG Phone Di Sini

Di China, peranti mercu yang dijana cip Snapdragon 845 yang sudah dilewahjam ini kini dijual secara rasmi. Asus ROG Phone ini menggunakan skrin 6.0-inci tanpa takuk, kadar segar 90Hz dan masa respon 1ms serta pembesar suara stereo di hadapan. Kamera pula hadir dengan dwi-lensa 12+8 megapixel. Bateri dikuasakan dengan kapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Hyper Charger (30W) dan juga Quick Charge 4.0.

Asus ROG Phone

Harga yang ditawarkan di China bermula ¥5999 (~RM3630) untuk versi 8GB RAM + 128GB, versi 8GB RAM + 512GB pula ¥7999 (~RM4840). Terdapat satu variasi edisi e-sukan yang ditawarkan pada harga ¥12999 (~RM7866). Tiada maklumat mengenai edisi e-sukan ini seperti apakah pakejnya atau aksesori yang diterima. Ia mungkin adalah set dengan aksesori seperti TwinView Dock atau WiGig Dock.

Di Malaysia, Asus ROG Phone akan hadir secara rasmi tidak lama lagi.

Komen