Dua hari lepas, lakaran rekaan Razer Phone 2 tertiris. Ia memperlihatkan rekaan yang mirip dengan Razer Phone serta mungkin hadir dengan sokongan touchpad di bahagian belakang. Kini, imej pengolokan Razer Phone 2 tertiris.
Dari segi imej yang tertiris ini, ia mia mengesahkan Razer Phone 2 akan hadir dengan rekaan yang sama. Ini adalah kerana agar ia mudah digunakan bersama-sama dengan ‘Project Linda‘. Selain itu, bingkai pada panel skrinnya kelihatan sedikit tebal. Manakala, lokasi kamera swafotonya dilihat sedikit berbeza dengan Razer Phone.
Ura-ura lain, berdasarkan tanda aras Geekbench sebelum ini adalah – Razer Phone 2 akan dijana dengan Snapdragon 845, hadir dengan RAM 8GB serta berkemungkinan storannya adalah 512GB dan mempunyai sistem LED ‘Chroma‘. Untuk maklumat lanjut mengenai peranti mercu gaming ini, sama-sama kita nantikan.