Cari @ Amanz

Pada Mac2017, projek Keyboard Mod yang merupakan papan kekunci fizikal untuk peranti keluarga Motorola Moto Z dilancarkan. Dana dikumpul menerusi lama biayasama Indiegogo dan berjaya melepasi nilai dana minimum yang dipintas. Selepas lebih setahun, projek ini akhirnya diumumkan telah dibatalkan semalam oleh pembangunnya Livermorium.

Terdapat tiga sebab diberikan oleh Livermorium mengapa projek ini dibatalkan. Pertama sekali jumlah jualan peranti Moto Z yang dijual adalah rendah sehingga membuatkan projek ini tidak lagi menguntungkan untuk diteruskan. Kedua, Dana $165,000 yang berjaya dikumpul tidak mampu menampung kos lain seperti pemasaran dan pengiklanan sekiranya Keyboard Mod dihasilkan. Akhir sekali terdapat banyak kustomasi papan kekunci perlu dihasilkan sehingga meningkatkan kos dan mereka tidak mampu menampung sebarang kerugian yang mungkin berlaku.

Tahun ini hanya Moto Mod 5G dilancarkan dan jumlah aksesori baru sudah berkurangan mendadak sejak diperkenalkan dua tahun yang lalu. Pembatalan projek ini sebenarnya tidak mengejutkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd