Mobvoi adalah syarikat dari China yang menghasilkan jam tangan pintar. Mobvoi juga disokong oleh Google. Tahun lepas, mereka melancarkan TicWatch E dan S – iaitu jam tangan pintar Wear OS yang memfokuskan penggunaan kasual dan sukan. Kemudian tahun ini, mereka memperkenalkan TicWatch Pro iaitu jam tangan pintar Wear OS dengan dwi-skrin.
Kini, waris kepada TicWatch E iaitu TicWatch E2 mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Tiada maklumat yang jelas mengenai jam tangan pintar ini. Tetapi, menurut laman web Mobvoi – TicWatch E2 adalah lebih mesra kepada air. Ini mungkin adalah sokongan perlindungan IP yang lebih tinggi. Jika TicWatch E dan S adalah IP67, TicWatch E2 mungkin hadir dengan IP68.