Cari @ Amanz

Realme 2 Akan Dilancarkan Pada 9 Oktober Kelak

Link Copied!

Pada bulan Mei lalu, telefon Realme dilancarkan di India dan merupakan sub-jenama kepada Oppo. Tidak seperti Oppo, Realme menyasarkan pasaran pengguna remaja, dan pada masa yang sama hadir dengan harga yang lebih mampu-milik, selain dilengkapi ciri-ciri dan teknologi terkini.

Peranti kedua mereka Realme 2 akan dilancarkan pada 9 Oktober hadapan di Indonesia menurut jemputan yang mula dihantar kepada wakil media di Asia Tenggara. Ini ialah petanda bawah sub-jenama ini akan mula dipasarkan di luar India. Sebelum ini pihak Realme telah mengesahkan peranti mereka akan dijual di pasaran Malaysia kelak.Pelancaran Realme 2 ini adalah menandakan mereka sudah hampir bersedia.


Komen ()