Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas, kapasiti bateri iPhone XR, XS dan XS Max telah diketahui. Selang dua hari kemudian, bateri iPhone XS dan XS Max dilihat menggunakan rekaan huruf ‘L’ seperti yang dilihat pada iPhone X tahun lepas.

Pada pelancaran ketiga-tiga iPhone generasi baru ini, Apple mengatakan ketahanan baterinya adalah lebih baik berbanding iPhone X. Kini, melalui Tom’s Guide yang telah menguji ketahanan baterinya – iPhone X dikatakan mempunyai ketahahan yang lebih baik walaupun iPhone XS Max mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar.

Ujian ini dilakukan dengan melayari web. Tetapan iPhone XS dan XS Mas pula ditetapkan kepada kecerahan hanya 15o nits dan kecerahan automatik dan True Tone dimatikan. iPhone XS Max didapati hanya mampu bertahan selama 10 Jam 38 Minit, iPhone XS pula hanya 9 Jam 48 Minit dan mengejutkan iPhone X yang sudah setahun mampu bertahan selama 10 Jam 49 Minit. Sedangkan Apple mengatakan iPhone baru ini sepatutnya bertahan dari 30 minit dan 90 minit lebih lama berbanding iPhone X.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah perbandingan iPhone antara iPhone dan iPhone masih tidak boleh menandingi Android dengan ketahanan bateri yang lebih lama. Memegang takhta dalam ujian yang sama adalah Huawei P20 Pro (14 Jam 13 Minit), kedua adalah Google Pixel 2 XL (12 Jam 09 Minit) danĀ  Galaxy Note 9 berada tempat ketiga dengan ketahanan 11 Jam 26 Minit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd