Beberapa imej rekaan OnePlus 6T telah tertiris sebelum ini menandakan ia hari menanti hari pelancaran rasmi yang semakin hampir. Kini surat jemputan ke majlis pelancarannya telah tertiris ke arena menunjukkan ia akan berlangsung pada 17 Oktober hadapan di India.
Dari segi spesifikasi, OnePlus 6T dipercayai adalah sama seperti OnePlus 6. Perbezaan akan terletak pada pengguna takuk lebih kecil pada skrin yang boleh ditemui pada Oppo F9 dan Vivo V11 sebelum ini. OnePlus turut mengesahkan 6T tidak akan mempunyai bicu audio bagi menambah kapasiti bateri. Ini menerima reaksi yang negatif di kalangan peminat peranti mereka. Bagi menyediakan pengguna dengan kehidupan tanpa bicu ini, OnePlus Bullet Wireless telahpun dilancarkan lebih awal.