OnePlus Dikecam Kerana Membuang Bicu Audio Pada OnePlus 6T
Fahim Zahar
Seperti yang sedia maklum, pada dua minggu lepas OnePlus 6T telah disahkan tidak akan hadir dengan bicu audio 3.5mm. Untuk itu OnePlus dikatakan akan hadir dengan Bullets v2 USB-C dan Bullets Wireless generasi baru agar peminat sedia berhijrah sepenuhnya ke dunia USB-C dan nirwayar.
Kini, di Twitter rasmi OnePlus – selepas mengicau mengenai mereka hanya membina sebuah telefon pintar yang membuat pengguna gembira, OnePlus dikecam oleh peminat mereka.
Building phones people actually enjoy using! 😎 What's your favorite #OnePlus6 feature? https://t.co/iCTUoVqAIl pic.twitter.com/BlJIacFXSv
— OnePlus (@oneplus) September 24, 2018
Sudah tentu ramai peminat yang marah, geram dan mula kecewa akan OnePlus. Mereka yang dahulunya terkenal dengan penghasilan telefon pintar yang serba lengkap dan harga yang berbaloi – kini mula mengikut jejak langkah pesaing lain.
Peminat OnePlus di Malaysia pula bagaimana, Adakah anda akan setia kepada jenama OnePlus atau akan beralih ke iPhone XR atau iPhone XS/XS Max atau juga akan terus beralih ke pilihan yang lebih murah seperti Pocophone F1?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.