Carian
Samsung Dilaporkan Akan Melancarkan Pengecas Nirwayar Mampu Milik Untuk Peranti Galaxy A
October 1, 2018 Effi Saharudin

Di pasaran sekarang hanya peranti mercu menyokong pengecasan nirwayar. Samsung sebagai contoh hanya memberikan sokongan ini pada peranti keluarga Galaxy S dan Galaxt Note. Menurut laporan media Korea Selatan ETNews, fungsi ini mungkin akan diperkenalkan pada peranti keluarga Galaxy A dan Galaxy J.

Menurut laporan tersebut, Samsung akan mengeluarkan sebuah pengecas nirwayar mampu milik pada harga KRW 20,000 (~RM 75) khusus untuk peranti kelas pertengahan ini. Harga jualan ini jauh lebih rendah berbanding pengecas nirwayar keluaran mereka di pasaran sekarang seperti Wireless Charger Duo.

Ketua pegawai eksekutif Samsung DJ Koh sebelum ini dipetik berkata syarikat beliau akan mengintegrasikan pelbagai teknologi terkini pada telefon pintar berspesifikasi pertengahan. Sebelum ini penggunaan USB-C dan kemampuan kalis air diperkenalkan oleh mereka pada peranti Galaxy A. Oleh itu sokongan pengecasan nirwayar pada peranti kelas pertengahan bukanlah sesuatu yang mustahil.

Komen