Pengguna awal iPhone XS dan XS Max melaporkan masalah kelajuan LTE yang kurang memuaskan pada peranti yang baru dibeli. Dalam kawasan yang sama, kelajuan LTE bukan sahaja lebih rendah tetapi peranti juga menunjukkan kekuatan rangkaian telekomunikasi yang lebih rendah berbanding pada model iPhone lain.
Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini tetapi menurut laporan MacRumors, mereka telah menghubungi pengguna yang melaporkan masalah ini. Pengguna kemudian perlu memuat turun aplikasi yang melog jalur asas isyarat LTE yang diterima oleh peranti. Sungguhpun begitu, Apple masih didapati masih belum melakukan sebarang siasat mengenai masalah WiFi perlahan yang turut dilaporkan.
Sejak dilancarkan, iPhone XS dan XS Max dilanda bukan sahaja masalah tidak mengecas. Ini kemudian diselesaikan menerusi ujian iOS 12.1 Beta. Pengguna hanya boleh berharap masalah melibatkan LTE dan WiFi ini turut dapat diselesaikan menerusi kemaskini.