Carian
OnePlus 6T Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Jenis Optikal
October 11, 2018 Effi Saharudin

OnePlus 6T akan dilancarkan pada penghujung bulan ini dengan beberapa penambahbaikan seperti pengimbas cap jari terbina pada skrin. Teknologi ini semakin matang dan digunakan secara meluas oleh Oppo dan Vivo yang merupakan syarikat bersaudara di bawah payung BBK Electronics.

Menurut status yang dimuat naik akaun OnePlus di Weibo, OnePlus 6T akan dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin dari jenis optikal. Ini ialah teknologi yang sudah agak berusia dan adalah lebih perlahan berbanding dari jenis ultrasonik. Ia juga sukar mengimbas apabila jari pengguna basah atau kotor. Ini mungkin berita yang kurang menarik mengenai OnePlus 6T.

Komen