Robot Atlas Dari Boston Dynamics Kini Boleh Melakukan Aksi Parkour

Robot Atlas Dari Boston Dynamics Kini Boleh Melakukan Aksi Parkour

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Sebelum ini robot seakan manusia Atlas keluaran Boston Dynamics menunjukkan aksi balik kuang. Dalam video terkini ia kini boleh melakukan aksi parkour pula seperti Ezio dari permainan video Assassin’s Creed. Ia dilihat mampu melompat kayu balak yang menghalang jalan serta menaiki tangga yang tidak sekata.

Dengan pelbagai kemampuan ini, Atlas menjadi robot berbentuk manusia yang paling versatil pernah dihasilkan. Selain Atlas, mereka mempunyai Spot yang kelihatan seperti seekor anjing dengan kemampuan membuka pintu. Handle pula mempunyai kaki beroda yang boleh melompat serta bergerak pada permukaan tidak rata.


TIPS & ULASAN