Cari @ Amanz

Substratum adalah sistem penukaran tema yang boleh mengubah keseluruhan antaramuka peranti Android. Ia dibangunkan sebagai alternatif kepada enjin tema Cyanogen pada suatu ketika dahulu. Tetapi ia memerlukan akses root. Sejak Android Oreo diperkenalkan, Substratum boleh digunakan tanpa root dan pada Android Pie – root diperlukan atas sistem Android yang sangat terhad.

Kini pembangun Substratum iaitu Projekt Development LLC, hadir dengan satu pelancar yang dinamakan Hyperion. Menjadikan pelancar ini berbeza dengan Nova Launcher dan Action Launcher adalah – Hyperion memfokuskan rekaan Material Design. Berikut adalah senarai ciri/fungsi yang hadir dalam Hyperion;

  • Perubahan penuh pada warna bahagian home, widget carian Google, dock, latar belakang folder, widget cuaca, talam aplikasi dan grid.
  • Menyokong penyesuaian ikon, dots pada notifikasi, pintasan aplikasi, dan banyak lagi.
  • Mengubah animasi pembukaan aplikasi.
  • Menetapkan kawalan gesture pada home.

Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai banyak kemampuan perubahan seperti Nova Launcher yang sudah lama dan matang dalam dunia pelancar untuk Android. Ia hadir secara percuma dan juga versi penuh yang perlu dibayar. Versi percumanya sudah pun puas digunakan. Saya akan cuba pelancar ini pada OnePlus 6 dan mungkin jika berkesempatan – akan ada artikel mengenainya.

  • Muat Turun
  • Muat Turun: Pelancar Hyperion Di Play Store
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd