Cari @ Amanz

Digital Wellbeing adalah satu sistem untuk mengawal pengguna dari obses menggunakan peranti pintar. Ia mempunyai fungsi Do not disturb yang lebih dioptimasi, penukaran warna skrin ke monokrom, mematikan notifikasi atau juga menghalang akses kesesuatu aplikasi jika had masa penggunaan aplikasi itu telah capai.

Pada awalnya, Digital Wellbeing adalah khas untuk peranti Pixel dengan Android 9.0 Pie. Kemudian ia hadir kepada peranti Essential Phone dan turut mempunyai versi yang diportkan untuk peranti Android Pie yang lain. Kini, akan datang – Digital Wellbeing akan hadir kepada semua peranti Android One yang menjalankan Android Pie.

Jika anda menggunakan peranti Android One dan sudah menjalankan Android Pie (Buat masa ini adalah Nokia 7 Plus), anda mungkin boleh cuba muat turun .APK Digital Wellbeing atau tunggu sahaja OTA untuk mencubanya. Akan kami laporkan jika ia sudah mula diedarkan buat semua peranti Android One.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd