Cari @ Amanz

iPhone XS Max ialah telefon pintar edisi biasa yang dijual pada harga termahal di Malaysia. Model dengan storan terbesar dijual pada harga melangkaui RM7000 sebuah. Bagi mereka yang inginkan keunikan berbanding pengguna lain, peranti ini telah ditawarkan dengan jam mekanikal terbina pada bahagian belakang.

iPhone XS Max  dan XS versi Grand Complications ini dihasilkan oleh syarikat Caviar dari Rusia yang terkenal dengan peranti edisi khas mereka. Harga jualan Grand Complications bermula dari $6290 (~RM 26153) untuk iPhone XS dan $6520 (~RM 27110) untuk iPhone XS Max. Selain jam tangan mekanikal terbina, tubuh peranti ini diperbuat daripada bahan titanium.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd