Cari @ Amanz

iPhone X ialah peranti yang paling didambakan bulan ini dengan laporan ia dijual pada harga mencecah RM10,000 di Malaysia. Ini adalah harga yang melampau bagi sebuah peranti yang pada asalnya dijual pada harga RM 5149. Bagi mereka yang tidak kisah berbelanja lebih, Caviar iPhone X Tesla telah dihasilkan dengan harga hampir mencecah RM 20,000 sebuah.

Firma Caviar dari Russia sekali lagi bertanggungjawab ke atas kewujudan iPhone pada harga melampau ini. Panel kaca iPhone X digantikan dengan panel solar dan titanium. Terdapat juga kemasan emas pada bonjol kamera dan bingkai bagi menyerlahkan lagi kemewahan peranti ini. Peranti ini boleh dicas sepenuhnya dengan kuasa matahari.

Menurut Caviar peranti ini mendapat inspirasi dari Steve Jobs, Elon Musk dan Nicola Tesla. Harga jualan untuk model 64GB ialah RUB 259,000 (~RM 18846) manakala untuk model 256 GB pula ia dijual pada harga RUB 274,000 (~RM 19937).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd