Cari @ Amanz

Dengan Pixel 3 dan Pixel 3 XL, Google cuba menentang iPhone XS secara di dalam pasaran peranti mercu yang memberikan pengalaman terbaik. Mereka di tahun ketiga menghasilkan sendiri peranti yang setiap proses penghasilannya dikawal dari awal hingga akhir. Terkini pengguna dua model baharu ini mula melaporkan masalah pembesar suara dan pengurusan RAM yang lemah.

Masalah pembesar suara pertama ialah tahap bunyi yang tidak seimbang di antara pembesar suara kiri dan kanan. Sesetengah pengguna turut melaporkan bunyi desiran ketika mendengar audio orang bercakap. Ini ialah masalah yang sebelum ini turut ditemui pada Pixel 2.

Akhir sekali ialah masalah pengurusan RAM yang kurang baik. Aplikasi yang dilancarkan ditutup apabila pengguna menggunakan aplikasi lain serta aplikasi gagal berfungsi. Masalah ini hanya dilaporkan sebahagian kecil pengguna buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd