Samsung Galaxy Note 9 Kini Ditawarkan Dalam Warna Putih
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy Note 9 Kini Ditawarkan Dalam Warna Putih

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 dilancarkan di Malaysia pada bulan September yang lalu dalam warna hitam, biru dan perak. Ia kemudian ditawarkan pula dalam warna ungu hanya beberapa minggu yang lalu. Di Taiwan, phablet dengan stylus ini ditawarkan pula dalam warna Pure White pada 23 November hadapan.

Keseluruhan tubuh peranti adalah berwarna putih dengan S-Pen juga dalam warna yang sama. Harga jualan akan diumumkan pada hari pelancaran kelak. Tidak diketahui sama ada warna putih ini akan turut ditawarkan di negara kita. Bagaimana dengan pembaca Amanz? Adakah Samsung Galaxy Note 9 berwarna putih ini menarik minat anda?


TIPS & ULASAN