Cari @ Amanz

Pagi tadi kami melaporkan Huawei memfailkan empat tanda dagang untuk peranti skrin boleh lipat mereka iaitu Mate F, Mate Flex, Mate Flexi dan Mate Fold. Nampaknya LG juga tidak ketinggalan dan telahpun memfailkan tiga tanda dagang untuk peranti skrin boleh lipat mereka kelak.

Nama-nama yang difailkan ialah Flex, Foldi dan Duplex. Terdapat persamaan di antara nama-nama yang difailkan oleh LG ini dengan Huawei. Dokumen memfailkan tanda dagang telah difailkan pada 21 November yang lalu. Sebelum ini LG telah memfailkan paten untuk peranti boleh lipat mereka lengkap dengan dwibicu audio dan stylus dengan skrin yang dilipat masuk ke dalam tubuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd