Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai laporan mengenai jualan iPhone XS, XS Max dan XR sejak ia dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Terkini iPhone XR diberikan potongan harga di Jepun sebagai cara untuk meningkatkan jualan peranti yang dipercayai terjual di bawah sasaran Apple. Apple walau bagaimanapun menidakkan kesemua laporan ini menerusi temuduga bersama CNET.

Di dalam temubual tersebut, timbalan presiden bahagian pemasaran produk Apple Greg Joswiak menegaskan jualan iPhone XR adalah baik. Malahan menurut beliau lagi iPhone XR ialah model dengan jualan yang tertinggi setiap hari sejak ia mula dijual. Dari pandangan Apple tiada masalah mengenai jualan iPhone XR setakat ini. Tahun lalu iPhone X juga dikatakan tidak mencapai sasaran jualan tetapi ia dibuktikan tidak benar apabila laporan kewangan diumumkan oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd