Cari @ Amanz

Pixel 3 dan Pixel 3XL adalah pengganti kepada Pixel 2/2XL. Ia adalah sebuah peranti Android asli oleh Google dengan pengalaman penggunaan yang menarik. Tetapi peranti ini mempunyai satu isu yang serius yang menjadikan pengalaman penggunaan peranti ini sedikit menjengkelkan – iaitu masalah pengurusan memori. RAM pada Pixel 3/3XL hanya 4GB dan dengan masalah pengurusan ia memberi impak negatif dari segi prestasi dan juga kemampuan membuat multi-tugas.

Hari ini, Google telah edarkan kemaskini khas untuk membaiki pepijat-pepijat kritikal yang menyebabkan pelbagai masalah, akhirnya selepas sebulan menanti. Berikut adalah changelog penting buat kemaskini tampalan terkini untuk peranti-peranti Pixel;

  1. Meningkatkan prestasi memori dalam keadaan tertentu
  2. Meningkatkan prestasi kamera dalam menangkap gambar
  3. Meningkatkan tingkah laku autofokus kamera
  4. Meningkatkan pengesanan aksesori audio USB-C
  5. Meningkatkan kontur HDR dalam beberapa aplikasi media
  6. Meningkatkan prestasi pengatup kamera

Lain-lain tampalan yang membaiki pepijat adalah berkaitan dengan Android Auto, prestasi penggunaan Pixel Stand dan juga Always-On Display.

Agak menarik, akhirnya selepas beberapa bulan pengguna Pixel menghadapi isu serius ini – kini sudah selesai. Bagaimana prestasi dengan kemaskini ini? Itu tidak pasti, kerana agak sukar untuk bandingkan peranti mercu yang hanya menggunakan 4GB RAM dengan peranti mercu lain yang menggunakan 6GB-10GB RAM – sudah pasti tanda aras Pixel 3 jauh kebelakang. Apa-apa pun mari kita nantikan, jika ada masalah lain hadir atau pun tidak selepas kemaksini ini di pasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd