China Melancarkan Misi Mendaratkan Proba Pada Permukaan Sisi Jauh Bulan

China Melancarkan Misi Mendaratkan Proba Pada Permukaan Sisi Jauh Bulan

Diterbitkan pada Dis 10, 2018 oleh .

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa bulan berputar sepenuhnya pada kadar yang sama dengan bumi. Oleh sebab itu kita hanya dapat melihat separuh sahaja permukaan bulan sejak manusia mula mendongak ke langit malam. Misteri rupa permukaan sisi jauh bulan (sebelum ini dikenali sebagai dark side of the moon seperti tajuk filem Transformers) hanya diketahui pada tahun 1959 menerusi kapal angkasa Luna 3 buatan Soviet.

Menarik sekalipun manusia sudah mendarat di permukaan bulan sebanyak enam kali, tidak sekalipun ia  dilakukan pada permukaan sisi jauh bulan. Ini adalah kerana tiada isyarat radio dapat dihantar ke bumi apabila di kedudukan ini. China akan menjadi negara pertama dunia menghantar proba yang mendarat pada permukaan sisi jauh bulan.

Proba robot Chang’e 4 dilancarkan 7 Disember lalu dan akan mendarat pada sisi jauh bulan pada awal Januari 2019. Apabila mendarat kelak ia akan melakukan kajian ke atas pada kawasan Kawah Van Karman. Mesin spektrometer dan radar penebus tanah akan memberikan maklumat saintifik yang kaya dengan data mengenai sisi jauh bulan yang tidak diteroka selama ini.

Bagi membolehkan maklumat dari proba dihantar pulang ke bumi, satelit Queqiao telah dilancarkan pada Mei lalu. Ia akan menjadi pengantara isyarat di antara Chang’e dan pusat kawalan di bumi. Seterusnya pada tahun 2019, proba Chang’e 5 pula akan dihantar oleh China ke bulan bagi menghantar sampel kembali ke bumi.

Kesemua misi saintifik ini akan membantu China untuk merealisasikan misi menghantar angkasawan seawal 2025. Ini akan menjadi kali pertama manusia pulang ke bulan sejak 1972. Amerika Syarikat turut akan menghantar semula manusia ke bulan sebagai persiapan misi ke Marikh, Russia mengumumkan akan melakukan perkara yang sama pada 2029.


TIPS & ULASAN