Cari @ Amanz

Ogos yang lalu kami melaporkan berita Samsung mungkin akan menutup salah sebuah dari dua kilang mereka yang terletak di China. Hari ini menurut laporan Reuters, Samsung mengesahkan akan menutup kilang mereka yang terletak di Tianjin menjelang hujung tahun ini. Kilang ini mampu menghasilkan sehingga 36 juta peranti setahun.

Operasi pengilangan akan diteruskan di kilang mereka yang terletak di Huizho yang mengeluarkan 72 juta peranti setahun. Penutupan ini akan memberi kesan kepada 2600 pekerja. Kos buruh yang semakin tinggi dan pegangan pasaran Samsung yang semakin menyusut di China dipercayai faktor penutupan kilang di Tianjin.

Tahun ini Samsung membuka kilang peranti terbesar dunia di India. Sebahagian besar penghasilan peranti juga sudah berpindah ke Vietnam yang menawarkan kos buruh yang lebih rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd