Cari @ Amanz

AirAsia Group hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memindahkan perniagaan digital mereka kepada pihak Redbeat Ventures – sekaligus akan memudahkan lagi urusan dan fokus pihak AirAsia dalam memperkembangkan perniagaan digital mereka.

Redbeat Ventures sedia melabur dan menjadi inkubator untuk membantu startup memperkembangkan penawaran mereka. Melalui pengumuman ini, antara perniagaan yang akan dipindahkan ke Redbeat Ventures adalah termasuk AirAsia BIG Loyalty, BigPay, travel360, ROKKI, Ourshop, RedCargo Logistics, RedBox Logistics, Touristly Travel dan juga RedTix.

Dengan perkembangan terbaru ini juga, pihak RedBeat Ventures mengatakan ia menjadi visi RBV untuk menghubungkan pelbagai syarikat startup dan berkolaborasi antara satu sama lain dalam meningkatkan inovasi – yang bukan sahaja menguntungkan ekosistem AirAsia, tetapi juga ekonomi digital di ASEAN.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd