Cari @ Amanz

Razer Memperlihatkan Papan Kekunci Dan Tetikus Rasmi Untuk Xbox One

Link Copied!

Microsoft mengumumkan papan kekunci dan tetikus rasmi untuk konsol Xbox One pada bulan Jun yang lalu. Ia bakal dihasilkan oleh Razer dan hari ini rekaan kedua-dua peranti input ini akhirnya diperlihatkan. Dari segi rekaan papan kekunci menggunakan suis mekanikal dengan papan riba pada bahagian kanan untuk meletakkan tetikus

rDengan konfigurasi ini, pemain Xbox One boleh menggunakan set lengkap tanpa memerlukan sebuah meja. Ini meminjam rekaan Razer Turret yang dihasilkan dua tahun yang lalu tetapi dengan rekaan yang lebih besar. Dapat dilihat juga sistem lampu RGB Razer Chroma. Sebanyak 50 aksesori Razer juga akan disokong secara rasmi oleh Xbox One.

Papan kekunci dan tetikus rasmi Xbox One ini akan dilancarkan di CES pada 8 Januari 2019. Pada tarikh tersebut maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi dan juga harga jualan akan diumumkan.


Komen ()