Cari @ Amanz

Baru-baru ini Xiaomi mengacah satu siri telefon pintar baru – Xiaomi Play. Ura-ura mengatakan Xiaomi Play adalah Pocophone F1 untuk pasaran China. Jadi ia akan menggunakan spesifikasi seperti cip pemproses Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman yang tinggi dengan sokongan kad mikroSD.

Terkini, Xiaomi mengacah sekali lagi sebuah peranti Xiaomi Play (mungkin Xiaomi Mi Play) dan turut tersenarai dalam TENAA, ia adalah satu peranti baru dan langsung tidak mempunyai persamaan dengan Pocophone F1. Jadi, ia mungkin adalah telefon pintar kelas pertengahan baru dengan rekaan warna cerun seakan Xiaomi Mi 8 Lite.

Menurut laman TENAA, peranti ini menggunakan skrin bertakuk kecil panel TFT LCD 5.84-inci, berresolusi 2,280×1,080, bateri sebesar 2900mAh, janaan cip pemproses dengan kelajuan 2.3GHz, pilihan memori 3GB hingga 6GB RAM, storan dalaman 32GB hingga 128GB dengan sokongan kad mikroSD dan masih menjalankan Android 8.1 Oreo.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 24 Disember kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd