OnePlus Menunda Televisyen Mereka Ke Tahun 2020

OnePlus Menunda Televisyen Mereka Ke Tahun 2020

Diterbitkan pada Dis 21, 2018 oleh .

Pada bulan September yang lepas, OnePlus telah mengeluarkan kenyataan di mana mereka akan hadir dengan televisyen tersendiri. Televisyen ini dikatakan akan hadir pada tahun 2019. Televisyen ini bukanlah televisyen pintar yang klise, kerana ia fokus untuk kawalan peranti berhubung atau aksesori rumah pintar.

Hari ini, berita terbaru yang dilaporkan dari China – OnePlus akan tundakan pelancaran televisyen mereka. Alasan mereka adalah, 2019 sudah hampir dan masih banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan pengguna kelak puas hati dan mempunyai pengalaman yang baik.

Nama untuk televisyen ini akan diumumkan pada minggu hadapan iaitu 17 Disember 2018. Nama televisyen ini juga diterima berdasarkan daripada nama yang peminat berikan sebelum ini.


TIPS & ULASAN