Pengeluaran Essential PH-1 Kini Telah Dihentikan Secara Rasmi

Pengeluaran Essential PH-1 Kini Telah Dihentikan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Dis 31, 2018 oleh .

Essential PH-1 dilancarkan pada Mei 2017 sebagai peranti pertama yang dihasilkan oleh Bapa Android Andy Rubin. Ia adalah yang pertama menggunakan rekaan takuk kecil, aksesori modular serta hadir dengan tubuh yang diperbuat daripada seramik. Syarikat Essential telah mengesahkan pengeluaran telefon pintar ini telah dihentikan secara rasmi.

Ia tidak lagi boleh dibeli menerusi laman mereka. Mereka kini akan menumpukan perhatian kepada penghasilan telefon pintar kedua mereka, menyokong kemaskini perisian serta aksesori yang telah dihasilkan. Sebelum ini Essential Ph-1 disahkan akan menerima kemaskini sehingga Android Q. Penjualan peranti ini kurang memuaskan dan menerima kritikan kerana kemampuan kamera yang mengecewakan.


TIPS & ULASAN