Essential Phone Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Sehingga Android Q

Essential Phone Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Sehingga Android Q

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Essential adalah syarikat Andy Rubin, iaitu pengasas Android. Mereka hanya mempunyai satu telefon pintar Essential PH-1 (Essential Phone). Disebabkan jualan Essential PH-1 ini tidak begitu memberangsangkan, pewarisnya PH-2 dikatakan mungkin tidak akan dihasilkan.

Oleh yang demikian, Essential bercadang untuk meneruskan sokongan pada Essential PH-1. Mereka telah pun melancarkan aksesori modular bermagnet seperti penyesuai bicu audio 3.5mm, set fon telinga USB-C dan akan datang pengecas magnetik. Terkini melalui bebenang perbincangan di Reddit, Essential mengatakan pembangunan Essential PH-1 akan diteruskan sehingga Android Q.

Secara terus menjadikan Essential PH-1 mendapat kemaskini sistem operasi Android sehingga empat generasi. Iaitu dari Android Nougat ke Android Oreo, kemudian Android P dan akan datang Android Q.


TIPS & ULASAN