Cari @ Amanz

Pemain video sumber terbuka VLC amat popular kerana ianya percuma tetapi sarat dengan pelbagai fungsi menarik. Tahun lalu ia mula menyokong memancarkan kandungan kepada Chromecast pada peranti Android dan iOS. Di dalam temuramah bersama Variety, pihak VLC mengesahkan mereka kelak akan menyokong pula pancaran kandungan menerusi protokol AirPlay.

VLC 3.0Ini bermakna pengguna Android boleh menggunakan VLC untuk memancarkan kandungan mereka ke sebuah Apple TV. Protokol AirPlay oleh Apple ini hanya disokong secara rasmi pada peranti Android keluaran HTC sahaja selama ini.Di CES, Samsung, LG dan Sony turut mengumumkan sokongan AirPlay untuk televisyen pintar keluaran mereka.

Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan pada versi terkini yang bakal hadir dalam masa sebulan. Pada waktu yang sama VLC kini telah dimuat turun sebanyak 3 bilion kali dengan 25% daripada muat turun adalah pada peranti pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd