Carian
Rekaan Kapal Angkasa Ujian Starship SpaceX Diperlihatkan
January 14, 2019 Effi Saharudin

SpaceX mempunyai perancangan untuk menghantar angkasawan pertama mereka untuk menjalankan misi pertama mereka menjelang 2023. Kapal angkasa Starship yang sebelum ini dikenali sebagai BFR hanya wujud sebagai imej pengolokan selama ini. Semalam Elon Musk akhirnya memperlihatkan gambar sebenar roket ujian Starship yang telah siap dipasang di Texas.

Kapal angkasa ini adalah berskala kecil berbanding rekaan akhir kelak. Ia turut tidak mempunyai tingkap pada bahagian hidung. Sekiranya ujian  yang bakal dilakukan berjaya dilakukan dengan jayanya, ia akan menjadi batu loncatan untuk SpaceX melakukan misi ke bulan sebelum meneruskan misi kolonisani ke planet Marikh.

Komen