Carian
Apple Dijangka Melancarkan iPad Baharu Dan iPad Mini 5 Pada Separuh Tahun Pertama 2019
January 18, 2019 Effi Saharudin

Kemunculan iPad pada tahun 2010 mengubah landskap dunia peranti mudah alih. Ia adalah antara peranti perlu untuk menonton media dan melayari web pada skrin yang besar. Kerana kepopularannya, Apple kini percaya iPad mampu menggantikan komputer riba di masa hadapan. Tahun lalu iPad Pro menjadi tumpuan dengan pemproses yang lebih berkuasa berbanding majoriti komputer riba di pasaran.

Terkini menurut laporan Digitimes, Apple dijangka akan melancarkan dua model baharu iPad. iPad Mini 5 dan iPad biasa 10″ mungkin akan dilancarkan pada separuh tahun pertama 2019. Ramalan dilakukan selepas melihat dua pembekal panel sesentuh iPad yang menerima pesanan yang stabil dari Apple. Penganalisa Ming-Chi Kuo tahun lalu turut mengatakan pembangunan iPad Mini 5 telah dimulakan oleh Apple.Kali terakhir iPad Mini dikemaskini ialah pada tahun 2015 dan cip Apple A8 yang digunakan kini sudah berusia.

Komen