Kenderaan Udara Peribadi Boeing Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Sulung

Kenderaan Udara Peribadi Boeing Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Sulung

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Fiksyen sains meramalkan kenderaan terbang peribadi akan digunakan secara meluas seawal 2012 namun realiti tidak seindah cereka. Tetapi terdapat ramai pengeluar telah memulakan projek kenderaan peribadi bagi memenuhi keperluan pasaran. Boeing semalam telah mengumumkan Private Air Vehicle (PAV) mereka telah berjaya melakukan ujian penerbangan sulung.

PAV ialah kenderaan elektrik hibrid di bawah projek Boeing NeXt yang terbang menegak menggunakan lapan pasang kipas sebelum melakukan transisi ke penerbangan mendatar menggunakan sayap konvensional. Sebuah kipas penolak terletak pada belakang kabin. PAV sepanjang 9.14 meter dan 8.53 meter ini direka untuk membawa penumpang atau kargo seberat 226.80 kilogram dengan jarak operasi sehingga 80 kilometer dengan sekali caj.

Ujian mengapung sahaja dilakukan setakat dengan perancangan penerbangan mendatar dilakukan menjelang penghujung 2019. Selain Boeing, syarikat Airbus, Ehang, Volocopter dan Kitty Hawk turut telah melakukan penerbangan ujian utuk kenderaan udara peribadi mereka.


TIPS & ULASAN