Cari @ Amanz

Beberapa jam lepas, Redmi Go telah tertiris. Ia adalah peranti Android Go pertama oleh Redmi (sub-jenama Xiaomi). Sejak tahun lepas lagim kita sudah dengari yang Xiaomi akan hadir dengan peranti Android Go mereka tersendiri. Kini ia adalah kenyataan.

Mengejutkan, model nombor Redmi Go ini sudah pun melepasi SIRIM. Di pangkalan data SIRIM, tersenarai satu peranti dengan model nombor M1903C3GG – di mana jika di cari di Internet, ia adalah Redmi Go. Peranti ini sudah pun melepasi ‘SIRIM’ Singapura sejak tahun lepas lagi. Jadi adakah ini bermakna, ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi?

Redmi Go dijana dengan Snapdragon 425 yang dipadankan dengan memori 1GB RAM, storan dalaman 8GB, kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP. Ia mungkin akan dijual dengan tanda harga sekitar RM300. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd