Ura-ura Samsung akan melancarkan fon telinga nirwayar baharu telah kami laporkan pada bulan Oktober tahun lalu. Pada waktu tersebut Samsung telah memfailkan tanda dagang untuk penggunaan nama Samsung Buds. Kini menurut laporan Sammobile, Galaxy Buds dan Galaxy Fit berkemungkinan besar dilancarkan serentak dengan Galaxy S10 pada 20 Februari kelak.
Galaxy Buds dilihat sebagai model kemas kini kepada Samsung Gear IconX 2018 manakala Galaxy Fit pula ialah penjejak kesihatan generasi terkini menggantikan Gear Fit2 Pro, Kedua-dua peranti ini baru sahaja melepas laman pensijilan sistem bluetooth mereka. Nampaknya kedua-duanya menyokong sistem bluetooth 5.0. Tidak maklumat mengenai rekaan diketahui tetapi besar kemungkinan mengekalkan ciri yang sama seperti model terdahulu.