Apple Telah Disaman Kerana Pepijat FaceTime Yang Ditemui Semalam

Apple Telah Disaman Kerana Pepijat FaceTime Yang Ditemui Semalam

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Amerika Syarikat ialah negara yang cukup sinonim dengan tabiat saman menyaman. Terkini Apple baru sahaja disaman oleh Larry Williams II seorang peguam di Houston kerana pepijat privasi FacetTime yang kami laporkan semalam. Menurut beliau, perbualan rahsia antara beliau dan anak guam telah diintip kerana pepijat ini.

Nilai saman tidak ditetapkan tetapi plaintif menuduh Apple lalai dalam memastikan produk yang dihasilkan selamat untuk digunakan. Pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang telah difailkan. Pepijat pada FaceTime ini berlaku apabila mod panggilan berkumpulan digunakan. Pemanggil boleh mendengar audio dan menonton video pada peranti yang dipanggil tanpa ia diangkat terlebih dahulu.

Ini mendedahkan penerima panggilan kepada intipan tanpa disedari oleh mereka. Sebagai langkah sementara, fungsi FaceTime berkumpulan telah dinyahaktifkan oleh Apple.



Paling Popular