Spesifikasi Tri-Kamera Sony Xperia XZ4 Tertiris Dengan Sensor Utama Sebesar 52-Megapixel

Spesifikasi Tri-Kamera Sony Xperia XZ4 Tertiris Dengan Sensor Utama Sebesar 52-Megapixel

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Semalam spesifikasi saiz skrin, pemproses, RAM, storan dan bateri S. Peranti mercu Sony ini nampaknya mempunyai skrin memanjang dengan nisbah 21:9. Hari ini maklumat mengenai sistem tri-kamera utama pada bahagian belakang Xperia XZ4 pula tertiris.Ia sekali lagi datang dari laman Sumahoinfo.

Imej belakang Xperia XZ4 tertiris menunjukkan gabungan sensor utama 52-Megapixel f/1.6 untuk kamera utama, sensor 16-Megapixel f/2.6 untuk sistem zoom optikal dan sebuah kamera 0.3-Megapixel f/1.4 dengan sensor TOF. Sekiranya maklumat tertiris ini adalah benar, Xperia XZ4 ialah telefon pintar dengan saiz sensor kemera terbesar yang pernah digunakan. Saiz sensor ini juga lebih besar berbanding IMX586 yang dilancarkan Julai lalu yang hanya sebesar 48-Megapixel.


TIPS & ULASAN