Tahun lalu Samsung menjadi pelopor kepada teknologi lubang kamera terbina pada skrin bagi menyelesaikan masalah penggunaan takuk. Tetapi kami menyedari ada sebilangan pembaca Amanz yang masih merasakan ini bukan penyelesaian kerana ia masih menghalang sebahagian paparan skrin. Untuk anda Samsung mungkin akan menggunakan sistem kamera swafoto periskop pada Galaxy A90 kelak.
Why do I say that the A90 is perfect? The answer is that the Galaxy A90 will be Samsung's first pop-up front camera phone, so its screen is perfect, there is no Notch, no Hole. pic.twitter.com/j01WWtPzh8
— Ice universe (@UniverseIce) February 2, 2019
Ini adalah menurut kicauan IceUniverse yang sebelum ini beberapa kali meniriskan maklumat yang ternyata benar. Menurut beliau Galaxy A90 akan menggunakan sistem kamera periskop dan tidak mempunyai lubang kamera pada skrin. Hanya seminggu lalu Galaxy M dilancarkan dengan skrin Infinity-V. Dengan pelancaran Galaxy A90 kelak, Samsung akan menghasilkan peranti yang memenuhi kesemua kehendak segmen pengguna kecuali mereka yang menggemari rekaan takuk gergasi seperti iPhone XS.