Carian
Apple Akan Mengubahsuai Komponen iPhone 8 Dan iPhone 7 Bagi Membolehkan Ia Dijual Semula Di Jerman
February 7, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu Qualcomm berjaya mendapatkan injunksi bagi menghalang jualan iPhone 8 dan iPhone 7 di Jerman. Ini adalah kerana Apple didapati menggunakan paten cip Qualcomm pada cip Intel yang digunakan pada kedua-dua peranti tanpa kebenaran. Menurut laporan Winfuture.de, Apple akan mengubahsuai cip yang digunakan pada peranti bagi membolehkannya dijual semula di Jerman.

Perubahan komponen ini dilakukan kerana halangan jualan ini tidak dapat dipintas dengan memberikan kemas kini perisian. Apple sedang dalam proses menghilangkan model baru iPhone 8 dan iPhone 7 khusus untuk pasaran Jerman. Turut dilaporkan jualan semula akan bermula dalam masa empat minggu. Sebelum ini di China halangan jualan berjaya dipintas dengan memberikan kemas kini perisian. Ia membuang animasi untuk menutup aplikasi yang patennya dipegang oleh Qualcomm.

Komen