Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah berkongsi perancangan mereka untuk membina pusat keselematan digital di Poland. Menariknya, bersama-sama pengumuman berkenaan juga, pihak Huawei dilihat mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan Huawei P30 pada bulan Mac 2019 kelak.

Huawei dijangka memperkenalkan telefon baru dibawah siri-P ini pada penghujung Mac kelak, dimana ia dijangka diperkenalkan di Paris.

Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar Huawei akan datang berkenaan masih tidak diketahui lagi. Namun, mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan akan menawarkan tri-kamera 40-megapixel dengan zoom sehingga 5-kali, selain sokongan bicu audio dan memori sehingga 12GB RAM.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Mac ini untuk melihat kejutan daripada pihak Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd