Carian
Platform Android Things Akan Fokus Kepada Dua Jenis Peranti Berhubung Sahaja
February 13, 2019 Fahim Zahar

Android Things adalah sistem operasi atau platform untuk digunakan pada produk-produk peranti berhubung. Ia secara rasminya dilancarkan pada bulan Mei 2018 dan fokus Android Things adalah untuk hadir dengan empat jenis system-on-modules untuk pengeluar gunakan untuk produk peranti berhubung mereka yang diiktiraf Google. Tetapi kesemua system-on-module ini tidak pun digunakan.

Terkini, Android Developers terbit satu artikel memberitahu mereka akan mengubah fokus Android Things kepada dua produk sahaja, iaitu pembesar suara pintar dan juga paparan pintar. Tujuan pengubahan fokus ini adalah, rakan-rakan kerjasama mereka dilihat lebih berjaya dalam penghasilan pembesar suara pintar dan paparan pintar Google Assistant. Jadi, fokus baru Android Things akan fokus kepada dua jenis produk peranti berhubung ini sahaja.

Walau bagaimanapun, mana-mana pembangun atau mereka yang gemar bereksperimen dengan Android Things terhadap produk bukan pembesar suara pintar atau paparan pintar – boleh sahaja gunakan kit pembangun yang disediakan untuk Cloud IoT Core atau Cloud IoT Edge.

Agak mengejutkan atas fokus Google ini. Ini kerana produk Google tersendiri seperti Google Home Hub – tidak dijana dengan Android Things, tetapi dijana dengan sistem Google lain yang tersendiri. Mungkin produk dari Google akan dijana sistem tersendiri dan produk dari pengeluar lain perlu gunakan Android Things jika produk Google Assistant mereka ingin diiktiraf Google.

Komen