Gambar Acah Xiaomi Mi 9 Explorer Edition Memperlihatkan Penggunaan Catur Kamera

Gambar Acah Xiaomi Mi 9 Explorer Edition Memperlihatkan Penggunaan Catur Kamera

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Xiaomi Mi 9 adalah peranti mercu Xiaomi yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan. Semalam, kita telah lihat rekaan Xiaomi Mi 9 dan juga sampel gambar buat peranti tersebut. Hari ini, Xiaomi Mi 9 Explorer Edition pula telah diperlihatkan.

Peranti Xiaomi Explorer Edition mula diperkenalkan tahun lepas di bawah siri Mi 8. Ia adalah peranti dalam siri Mi dengan RAM paling banyak sebelum Mi MIX 3 dilancarkan. Keunikan peranti ini adalah, ia menggunakan panel belakang yang lutsinar. Xiaomi Mi 9 Explorer Edition bukan sahaja akan mempunyai panel belakang yang lutsinar, tetapi turut akan menggunakan catur kamera. Xiaomi Mi 9 hanya mempunyai tiga kamera dan pada Mi 9 Explorer Edition ini akan terdapat satu lensa tambahan.

Selain itu, CEO Xiaomi – turut mengesahkan penggunaan Snapdragon 855 pada siri Xiaomi Mi 9. Tiada butiran lain buat spesifikasi Mi 9 Explorer Edition, tetapi apa yang pasti ia akan mempunyai spesifikasi yang sedikit lebih tinggi berbanding Mi 9 yang biasa. Tidak cukup dengan itu, pengasas bersama Xiaomi – Wang Chuan turut berani menggelarkan Xiaomi Mi 9 Explorer Edition sebagai peranti paling baik dunia.

Sumber: [1], [2], [3]


TIPS & ULASAN