Asus Kini Mengacah Pengenalan Zenfone 6 Pada 16 Mei – Lewat Dua Hari Daripada Promosi Sebelum Ini

Asus Kini Mengacah Pengenalan Zenfone 6 Pada 16 Mei – Lewat Dua Hari Daripada Promosi Sebelum Ini

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Asus kini telah menerbitkan video acah rasmi untuk pengenalan telefon pintar generasi akan datang daripada mereka, iaitu Zenfone 6. Melaluinya, Asus memperlihatkan ia akan diperkenalkan pada 16 Mei kelak, dan bukannya 14 Mei seperti diperlihatkan pada beberapa bahan promosi sebelum ini.

Asus Zenfone 6

Ia tidak diketahui mengapakah Asus melewatkan pengenalannya selama 2 hari berbanding jadual asal. Memandangkan kali ini mereka telah berkongsi video acah selain turut menerbitkannya melalui akaun sosial mereka, maka mungkin ini adalah tarikh akhir dimana kita akan melihat Asus Zenfone 6 diperkenalkan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Asus. Sebelum ini, sejumlah gambar prototaip telah diperlihatkan, menunjukkan rekaan skrin bertakuk dan berlubang – selain turut diperkatakan bakal menawarkan sehingga tri-kamera belakang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Mei 2019 ini untuk melihat apakah yang disediakan oleh pengeluar dari Taiwan ini.


TIPS & ULASAN