Android Kini Menyokong Log Masuk Akaun Menggunakan Imbasan Cap Jari

Android Kini Menyokong Log Masuk Akaun Menggunakan Imbasan Cap Jari

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Berapa banyak kata laluan yang anda gunakan untuk melog masuk akaun yang dimiliki? Sekiranya anda menjawab satu anda telah meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya digodam. Di dunia yang sempurna anda harus mempunyai kata laluan berbeza dengan setiap akaun. Masa depan yang lebih sempurna ialah melog masuk menggunakan data biometri seperti yang diperkenalkan oleh FIDO2 tahun lalu.

Semalam sistem operasi Android secara rasmi menerima pengiktirafan menyokong protokol FIDO2 yang membolehkan pengguna melog masuk akaun menggunakan pengimbas cap jari. Hanya sistem operasi Android 7 Nougat dan ke atas sahaja disokong buat masa ini. Pengguna Android hanya perlu mengemaskini Google Play Services pada peranti dan melayari laman web menggunakan Chrome, Firefox atau Edge yang menyokong log masuk menggunakan cap jari. Dengan pengiktirafan ini, Android mengikuti langkah Windows yang turut menyokong biometri bagi menggantikan kata laluan.


TIPS & ULASAN