Dengan wujudnya peranti pintar, kita kini hidup di dalam dunia sering di atas talian sehingga wujudnya masalah ketagihan digital. Rakyat Malaysia menghabiskan lebih 8 jam sehari pada peranti mudah alih dan ini adalah lebih tinggi dari angka purata global. Digital Wellbeing diperkenalkan oleh Google menerusi Android 9 Pie. Ia pada asalnya hanya disertakan pada peranti Pixel dan Android Go.
Semalam mereka mengumumkan Digital Wellbeing akan diberikan kepada kesemua peranti Android bermula dengan Moto G7 yang dilancarkan beberapa minggu yang lalu. Google turut akan bekerjasama dengan pengeluar lain untuk membawakan fungsi ini pada peranti mereka. Malahan seperti kami laporkan minggu lalu Digital Wellbeing telahpun diberikan kepada Galaxy S10. Dengan penggunaan fungsi ini diharap ketagihan digital akan dapat dirawat sebelum parah.