Cari @ Amanz

Telefon pintar boleh lipat dilihat menjadi trend pada acara MWC Barcelona 2019. Samsung hadir dengan Galaxy Fold, Huawei dengan Mate X dan TCL memperlihatkan beberapa prototaip. Tetapi, isu yang dirisaukan pada peranti boleh lipat ini adalah jangka hayat skrin.

Skrin yang boleh lipat ini dilihat akan meninggalkan kesan lipat di bahagian tengah. Tidak lupa juga dengan masalah tunaskrin. Panel peranti boleh lipat adalah jenis OLED, jadi jika hanya sebahagian sahaja aktif bagaimana pengeluar selesaikan masalah ini? Adakah kelah di masa hadapan sebelah skrin akan cantik dan sebelah akan pudar atau bermasalah?

Ini adalah antara sebab, Apple tidak hadir dengan peranti boleh lipat. Sejujurnya, kita semua sebenarnya masih belum sedia dengan telefon pintar seperti ini. Apple dilihat telah menemui jalan bagi mengelakkan masalah skrin ini berlaku dengan teknologi baru yang telah dipatenkan. Menurut Apple, punca skrin boleh lipat akan rosak adalah disebabkan suhu yang sejuk. Dengan beberapa sensor bawah skrin, ia akan mengesan bahagian skrin yang tertentu untuk memberi haba. Apple turut mencadangkan, jika gunakan sensor pasti tebal – jadi dengan perisian, ia akan mencerahkan bahagian skrin yang tertentu untuk memanaskan skrin dan kecerahan akan kembali normal jika suhu yang dikesan sudah memadai.

Tidak pasti bila kita akan lihat teknologi ini menjadi realiti. Apple pasti akan memantau dahulu kegagalan pada peranti boleh lipat Android sedia ada dan apabila mereka hadir dengan peranti boleh lipat tersendiri – ia akan mempunyai inovasi baru yang telah membaiki masalah dari generasi awal peranti boleh lipat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd