Samsung Menawarkan Skrin Boleh Lipat Mereka Kepada Apple Dan Google

Samsung Menawarkan Skrin Boleh Lipat Mereka Kepada Apple Dan Google

Diterbitkan pada Mac 4, 2019 oleh .

Tahun 2019 mungkin tahun letusan kemunculan telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat. Samsung dan Huawei masing-masing memberikan tumpuan yang tinggi dalam mempromosikan peranti skrin boleh lipat mereka sejak dua minggu kebelakangan ini. Oppo dan Xiaomi turut mempunyai perancangan walaupun peranti masih belum dilancarkan.

Samsung Galaxy FoldMenurut laporan ETNews, pihak Samsung telahpun menawarkan skrin boleh lipat ini kepada Apple dan Google. Sampel skrin OLED yang ditawarkan adalah sebesar 7.2-inci apabila di dalam kedudukan terbuka. Ini adalah sedikit lebih kecil berbanding 7.3-inci yang digunakan pada Galaxy Fold. Samsung dipercayai mampu menghasilkan 2.5 juta keping skrin boleh lipat setahun pada waktu ini tetapi boleh meningkatkan pengeluaran sehingga 10 juta unit setahun sekiranya terdapat permintaan.

Google menyokong secara rasmi peranti skrin boleh lipat secara terbina menerusi Android. Apple pula telah mempatenkan rekaan peranti boleh lipat mereka walaupun tidak mempunyai perancangan menghasilkannya dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN