Samsung hari ini melalui laman sosial mereka telah mula mengacah pengenalan peranti baru. Tiada maklumat yang diberikan oleh pihak Samsung berkaitan dengannya, selain mengatakan tarikhnya adalah pada 10 April, selain memberikan petanda ia berkemungkinan adalah dibawah siri Galaxy A.
Buat masa ini, Samsung telah pun melancarkan Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia dan beberapa negara lain. Mengikut desas-desus, dengan acara khusus yang dijadualkan Samsung, berkemungkinan ia adalah peranti berspesifikasi tinggi dibawah siri Galaxy A – mungkin adalah Galaxy A90.
Enter the era of live. April 10, 2019 – Live on https://t.co/kDIR3TcbZ5 #SamsungEvent pic.twitter.com/EqN8wF04Wd
— Samsung Mobile (@SamsungMobile) March 18, 2019
Jikalau mengikut desas-desus sebelum ini, ia diperkatakan Galaxy A90 mungkin hadir dengan kamera yang boleh diputarkan – sekaligus menawarkan rakaman gambar biasa dan gambar swafoto berkualiti. Samsung turut dijangka menggunakan sensor 48-megapixel bersama-sama dengannya.
Selain itu, peranti berkenaan juga turut dijangka dipasarkan dengan fokus terhadap permua.
Samsung Galaxy A50 sendiri sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik pada harga sangat kompetitif. Semestinya ia akan menjadi agak menarik untuk melihat apakah Galaxy A90 akan bawa kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 10 April 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung.