Cari @ Amanz

Ura-ura mengenai Galaxy A90 mula kedengaran selepas tanda dagangnya didaftarkan oleh Samsung pada Julai tahun lalu. Kemudian terdapat pula ura-ura peranti ini akan dilengkapi sistem kamera periskop dan juga berputar. Setakat ini ia hanyalah spekulasi tetapi semalam kewujudannya disahkan sendiri menerusi laman Samsung USA.

Ia disenaraikan sebagai peranti yang akan menerima ganjaran khas di dalam permua Asphalt 9: Legends bersama dengan Galaxy S10, 10+. 10e, Note 9 dan Tab S5e. Ini memberikan petanda bahawa Galaxy A90 kelak akan dilengkapi spesifikasi yang berkuasa untuk memainkan permua Asphalt 9 : Legends yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi. Setakat ini Galaxy A50 ialah peranti dari keluarga Galaxy A yang mempunyai spesifikasi tertinggi dengan cip Exynos 9610.

Sumber Samsung USA menerusi GalaxyClub

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd